All About Bali
merupakan sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan terutamanya di pulau Bali, pulau Lombok bahagian barat, dan sedikit di ujung timur pulau Jawa. Di Bali sendiri Bahasa Bali mempunyai tingkatan penggunaannya, misalnya ada yang disebut Bali Alus, Bali Madya, dan Bali Kasar. Bahasa Bali Alus digunakan untuk bertutur formal misalnya dalam pertemuan di tingkat desa adat, meminang wanita, atau antara orang berkasta rendah dengan berkasta lebih tinggi. Bahasa Bali Madya digunakan di tingkat masyarakat menengah misalnya pejabat dengan bawahannya, sedangkan Bahasa Bali Kasar digunakan oleh orang kelas rendah misalnya kaum sudra atau antara bangsawan dengan abdi dalemnya, Di Lombok, Bahasa Bali terutamanya dituturkan di sekitar kota Mataram, sedangkan di pulau Jawa Bahasa Bali terutamanya dituturkan di beberapa buah desa di kabupaten Banyuwangi.
Selain itu Bahasa Osing, sebuah dialek Jawa di Banyuwangi, juga menyerap banyak perkataan Bahasa Bali. Misalnya osing yang bermaksud "tidak" diambil daripada perkataan Bahasa Bali tusing. Bahasa Bali dituturkan oleh kira-kira 4 juta orang.
Isi kandungan:
1. Fonologi
2. Kekerabatan dan kosakata
3. Jenis bahasa BaliBahasa Bali
Basa Bali
Dituturkan di: Bali, Lombok, Jawa (Indonesia)
Rantau: Bali
Bil. penutur: 4,5 juta
Kedudukan: Tidak diketahui
Keluarga bahasa: Bahasa Austronesia
Bahasa Melayu-Polinesia
Bahasa Melayu-Polinesia Barat
Bahasa-bahasa Sundik
Bahasa-bahasa Bali-Sasak
Bahasa Bali
Status rasmi
Bahasa rasmi: Bali (hingga 1942)
Dikawal oleh: Tiada
Kod bahasa
ISO 639-1: ?
ISO 639-2: ban
ISO 639-3: —
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris.
1. Fonologi
1. 1. Vokal
Ada 6 vokal di dalam bahasa bali
Vowels Depan Madya Belakang
Tertutup i u
Tengah e ə o
Terbuka a
1. 2. Konsonan
Ada 18 konsonan di dalam Bahasa Bali: Bibir Gigi Langit2
Keras Langit2
Lunak Celah
Suara
Letup p b t d c ɟ k g
Sengau m n ɲ ŋ
Desis s h
Getar / Sisi r l
Hampiran w j
1. 3. Alofon
Sebuah ciri khas dan menjadi keistimewaan bahasa Bali ialah bahwa fonem eksplosif tak bersuara /t/ dilafazkan sebagai [t] pada posisi akhir, namun pada posisi awal dan tengah dilafazkan sebagai [ʈ] (t retrofleks).
Vokal /a/ pada posisi akhir terbuka dilafazkan sebagai [ĕ]. Misalkan kata Kuta, nama pantai termashyur di Bali, dilafazkan sebagai [k'uʈĕ].
1. 4. Sukukata
Seperti bahasa Austronesia lainnya, bahasa Bali juga cenderung dengan kata-kata dwisukukata dan berbentuk KVKVK. Namun dalam mereduplikasi sebuah sukukata monosilabik berbentuk KVK, maka dalam bahasa Bali ini biasanya menjadi KVKKVK berbeda dengan bahasa Melayu dan Jawa:Melayu Bali Jawa
kukus kuskus dang (bentuk berbeda)
ngengat ngetnget ngĕngĕt
2. Kekerabatan dan kosakata
Bahasa Bali dalam keluarga bahasa Austronesia sering dianggap paling rapat dengan Bahasa Jawa. Namun hal ini tidaklah begitu. Bahasa Bali paling dekat dengan Bahasa Sasak dan beberapa bahasa di Pulau Sumbawa bahagian barat. Kemiripannya dengan bahasa Jawa hanya disebabkan oleh pengaruh kosa kata Bahasa Jawa kerana penjajahan Jawa pada masa lampau, terutamanya pada abad ke-14 Masihi. Bali ditakluk oleh Gajah Mada pada tahun 1343 Masehi. Bahkan dalam keluarga Austronesia, secara fonologi bahasa Bali lebih mirip Bahasa Melayu daripada bahasa Jawa. Namun fonem /r/ pada posisi akhir dalam bahasa Melayu, seringkali menjadi /h/ pada bahasa Bali. Hal ini boleh terbukti dengan senarai perbandingan kosa kata Bahasa Melayu, Bahasa Bali, Bahasa Jawa Kuno, dan Bahasa Jawa Baru:Melayu Bali Jawa Kuno Jawa Baru
dua dua rwa ro, loro
jalan jalan dalan dalan
dengar dingěh rĕngö rungu
jarum jaum dom dom
jauh joh doh doh
ada ada hana ana
beli běli wĕli, tuku tuku
jari, jeriji jriji (?) driji
betis, kaki batis, bais jöng, suku sikil
hidup idup hurip urip
air, ayer yèh wway we, banyu
buah buah, woh wwah woh
di di ri, ring i, ing
telur taluh antiga tigan, ĕndhog
jemur jěmuh (?) pepe
bunga bunga kambang
sĕkar kĕmbang
sĕkar
nasi nasi sĕga
sĕkul sĕga
sĕkul
hujan ujan hudan udan
2. 1. Pengaruh bahasa Jawa
Bahasa Bali banyak dipengaruhi oleh bahasa Jawa, terutama bahasa Jawa Kuno dan Bahasa Jawa Moden, juga bahasa Sanskrit. Kemiripan dengan bahasa Jawa terutamanya terlihat daripada tingkat-tingkat bahasa yang terdapat dalam bahasa Bali yang mirip dengan bahasa Jawa. Maka tidak menghairankan jika bahasa Bali halus yang disebut basa Bali Alus Mider mirip dengan bahasa Jawa Krama. Banyak perkataan Bahasa Bali yang halus diambil daripada bahasa Jawa:
MelayuBaliJawa sudahsampunsampun meninggalsedaseda datangrauhrawuh darisakingsaking artitegestĕgĕs
2. 2. Kosa kata khas Bahasa BaliMelayu Bali Jawa
kau (kasar) cai kowe
sungai tukad sungay (Jawa Kuna)
kali
lepen
yang sane ingkang, sing
dukun, tabib balian dhukun
2. 3. Konsep geografis
Berbeza dengan banyak suku bangsa di dunia, namun masih mirip dengan suku bangsa penutur bahasa Austronesia yang lain, orang Bali dalam menentukan arah berorientasi bukan pada arah mata angin yang pasti namun pada letak kawasan geografi, pada kasus Bali ini pada letak gunung dan laut. Oleh sebab itu arah mata angin boleh berubah-ubah sesuai tempatnya:
Bali - Melayu:
kaja - utara, namun di Buleleng bermaksud selatan
kelod - selatan, namun di Buleleng bermaksud utara
kauh - barat
kangin - timur
3. Jenis bahasa Bali
Bahasa Bali Baku
Bahasa Bali Aga
Bahasa Bali Jawa
0 Response to "All About Bali"
Posting Komentar